Thursday, May 28, 2009


PETA PUTRAJAYA


Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS - syarikat petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20.0%).
Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi kejayaan Malaysia.
Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera yang sangat berjaya. Ini bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah berjaya menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ia seakan-akan
Washington, D.C. di Amerika Syarikat, Canberra di Australia, dan Brasilia di Brazil.
Secara kebetulan atau tidak, Datuk Kelana Putra pernah menguasai jajahan Serdang. Jadi Putrajaya ini dalam lingkungan jajahan Serdang.
Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :
untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.
Sistem Pembangunan PengangkutanSistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :
Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.
Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa hadapan (Cth : pembesaran jalan)
Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Jalan RayaPutrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan (North South Central Expressway Link , NSCEL) dan Lebuhraya Selatan Lembah Klang ( South Klang Valley Expressway. SKVE terletak di utara Putrajaya dan akan disambungkan ke sebuah lagi lebuhraya di mana tidak ada sebarang bayaran tol yang dikenakan. Putrajaya dikelilingi oleh beberapa lebuhraya dan jalan utama:
South Klang Valley Ekspressway (SKVE)
North South Central Expressway (NSCEL)
Lebuhraya Puchong-Damansara
Lebuhraya KL-Seremban
Lebuharaya KL-Putajaya
Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE) telah dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Sentral Link (NSCEL) dan Lebuhraya KLIA. NSCEL yang sepanjang 54km bermula dari Persimpangan Shah Alam berhampiran Lebuhraya Klang Baru (NKVE), menuju selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan NSECL di Persimpangan Nilai.ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang 8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.

Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah
Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
OH, MEGAHNYA PUTRAJAYA!




PUTRA PERDANA


Perdana Putra adalah bangunan utama yang terdiri dari pejabat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri.



MASJID PUTRA

Masjid yang indah ini diilhamkan dari senibina Islam mengagumkan jemaah dan juga pelancong.





PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA

Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) adalah pusat konvensyen utama di Putrajaya. PICC digunakan bagi Mesyuarat Agong terutamanya yang melibatkan negara luar.